Ya ALLAH hamba memohon agar memilihkan mana yang baik menurut Engkau Ya ALLAH..dan hamba memohon memberikan kepastian dengan ketentuanMU dan hamba memohon dengan kemurahan Tuhan Yang Besar Agung kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang berkuasa sedangkan hamba tidak tahu dan Engkaulah Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.. Ya ALLAH jika Engaku mengetahui bahawa persoalan ini baik bagi hamba ini, maka berikanlah perkara ini kepada hamba dan permudahkanlah ia bagiku…berikanlah keberkahan bagi hamba didalamnya.. Ya ALLAH Tuhanku, jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya bahawa hal ini tidak baik bagi hamba, bagi agama hamba dan penghidupan hamba dan tidak baik akibatnya bagi hamba, jauhkanlah hamba darinya.. dan berilah kebaikan di mana saja hamba berada, jadikanlah hamba orang yang rela dan redha atas anugerahMU.. Amin…

0 comments:
Post a Comment