Popular Posts

CHIT CHAT


ShoutMix chat widget

My Blog List

Followers

Nuffnang

Sekadar Tazkirah

Takzirah malam jumaat buat renungan diri sendiri dan semua:
Manusia sering lupa tentang sesuatu. Setiap kali kita melakukan sesuatu, setiap patah perkataan yg keluar dr mulut, setiap bait2 ayat didalam tulisan, setiap perbuatan & gerak geri kita semua itu di catat oleh Malaikat. Kita boleh berpura-pura dan berbohong untuk menyelamatkan diri. Kita boleh menuding jari kearah orang lain untuk menutup kesalahan. TAPI kita alpa tentang satu perkara besar ini. AZAB ALLAH di padang Masyar menanti kita. Muhasabah diri di malam jumaat yg tenang... Semoga kita tidak tergolong di kalangan mereka itu.. InsyaAllah..

BERKAT

Di dalam hidup manusia yang penting ialah BERKAT,

Bila hidup kita berkat, diri ini akan SELAMAT.

Rumahtangga jadi SEPAKAT, Masyarakat jadi MUAFAKAT,

Negara jadi KUAT.

Bila negara kuat, negara luar jadi HORMAT,

Permusuhan TERSEKAT, Pembangunan MENINGKAT

Tapi awas, bila pembangunan PESAT, MENINGKAT,

Kemajuan jadi PESAT, kita lihat bangunan naik BERTINGKAT-TINGKAT,

Ditengah tengah MAKSIAT tumbuh macam KULAT.

Ketika itu manusia mula ubah TABIAT.

Ada yang jadi LALAT, ada yang jadi ULAT.

SOLAT makin hari makin LIAT.

Orang baik ada yang bertukar jadi JAHAT,

Orang miskin pula nak kaya CEPAT,

Orang tua pula nak mati LAMBAT.

Tak dapat minum madu, telan je la minyak GAMAT,

Yang lelaki pakai seluar KETAT,

Semua nak tunjuk KUAT.

Bila berjudi pasang unsur KURAFAT

Tapi hidup pula yang MELARAT

Tali kasut dah tak larat nak IKAT

Rambut jarang nak SIKAT

Yang perempuan pakai skirt mini SEKERAT,

Konon ada mata yang TERPIKAT

Tapi lupa diri yang kaki berkudis BERKULAT

Sedarlah wahai UMMAT

Tiada apa yang kekal SELAMAT...

Kita sudah hampir menuju KIAMAT...

Bawak2 la BERTAUBAT...

KEHIDUPAN INI

Bila kita menyedari hakikat apabila hati penuh dengan sayang,

Semua perkara di sekitar kita kelihatan indah dan cantik.

Apabila hati penuh dengan kebencian,

semua perkara dipandang buruk dan senantiasa membawa masalah.

Mungkin sahaja apa yang kita sayangi,

bukan yang terbaik buat kita.

Dan mungkin sahaja yang kita benci adalah yang terbaik untuk kita.

Dengan itu, bersederhanalah dalam segala hal.

HIDUP ini susah kita nak DUGA...

Kadangkala kita rasa DEKAT dengan seseorang tu...

TAPI sebenarnya JAUH....

Walaupun kita dapat BERSAMA dia...

Belum tentu HATI dia dapat kira SELAMI...

Mungkin kita boleh buat dia KETAWA..

Tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA....

Bila dia menangis, kita rasa kita dapat MEMUJUKNYA...

Walhal kehadiran kita langsung Tak DISEDARI....

Rencah dunia kita tidak akan tahu siapa KAWAN dan Siapa LAWAN...

Sehingga sampai saat kita JATUH TERSUNGKUR..

Adakah tangan DIHULURKAN atau DITINGGALKAN.....

BILA HATI SEDIH

BILA HATI SEDIH
Bila hati itu sedih, semua yang berada di sekeliling sedih, samar, suram, tidak ceria. Tiada senyum menghiasi bibir Sedih dalam erti kata dilanda musibah atau ditinggalkan atau dipermainkan oleh seseorang mungkin jugak diucapkan kata itu yang menjadi ayat keramat dan teramat luka....mencarikkan hati & menjadikan kita mempersoalkan mengapakah aku menjadi sasaran tidak orang lain. Aku kah yang bersalah atau sudah ditakdirkan begitu atau sudah tersurat di azali ini akan terjadi pada diriku? Teringat pesan Mak dan juga pesan orang tua2 dulu, jangan terlalu gembira,ketawa besar sampai tak ingat dunia.. Takut2 nanti sekejap ketika bertukar menjadi tangisan dan duka. Ya benar! Sekelip mata saja semuanya berubah. Terasa baru saja semalam kita bergelak ketawa, tapi hari ini, kita bagai orang asing di dalam dunia yang sama. Saling membisu dan ibarat tidak mengenali antara satu sama lain. Hati aku menjadi sayu tiba-tiba. Suram, sunyi dan begitu asing terasa. Mungkin benar aku yang bersalah. Tapi bukankah aku sudah memohon kemaafan dari dia? Apakah tiada sekelumit rasa kasih seorang teman, atau apa saja di hati dia? Atau mungkin hanya aku saja yang selama ini begitu menyayangi dia seperti saudara sendiri? Aku perlu padamkan kesedihan di hati. Aku perlu tabahkan jiwa. Aku harus bangun dengan kekuatan. Jalan itu bukan kesudahan.Aku pasti ada hikmat dan iktibar pada kejadian itu .Allah menguji ketabahan dan kekuatan jiwa aku. Ya Aku harus muhasabah diri. Aku harus menganggap apa yang berlaku suatu suratan dan urusan Allah semata....kerana kita banyak merancang tetapi ketentuan itu datang dariNYA.... Waalahu'alam....

Dari ALLAH tentang CINTA

Cinta adalah bahagian tak terpisahkan dari kehidupan manusia. Cinta berada di dalam hati kita namun dapat memancar keluar dengan aneka rupa ekspresinya. Cinta dapat membangun akhlak serta mengatur langkah dan tingkah laku kita.

Sebagai seorang muslim, marilah kita lihat apa yang Allah sampaikan tentang cinta di dalam kitab-Nya, Al Qur’an.

Cinta atas kesenangan dunia

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia , yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunkecintaan kepada apa-apa yang diinginiia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). [Ali Imran, 3:14]

… mereka (orang-orang kafir) mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat,… [An Nahl, 16:107]

Mengorbankan apa yang dicintai

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. [Ali Imran, 3:92]

Cinta orang yang beriman

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. [Al Baqarah, 2:165]

… tetapi Allah menjadikan kamu “cinta” kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, [Al Hujurat, 49:7]

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad saw.), niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Ali Imran, 3:31]

*sumber dari : blog al habib

Dalam hidup, selalunya kita lebih banyak dapat apa yang kita tak inginkan. Dan bilamana kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Cara mengetahui juzuk Al-Quran melalui matematik



Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Tip yang nak di kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama-sama kita belajar...


Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Sama-sama kita sebarkan keajaiban al-quran ini... 
sumber dari: infomenarikanda.blogspot.com
 

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W




1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat.
Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan.
Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya.
" Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah.
Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

sumber dari: infomenarikanda.blogspot.com

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah SWT"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah SWT. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."'


Teka Teki Imam Al-Ghazali

Assalamualaikum....

Selain kisah tarian poco-poco yang di terangkan oleh Ustaz Fahmi mlm td, Ustaz Fahmi jugak menerangkan tentang bagaimana Rasulullah S.A.W dan Imam Al Ghazali sering menggunakan pendekatan teka-teki dalam menyampaikan sesuatu . Antara nya:

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan
murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka-Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?"

Murid 1 = " Orang tua "

Murid 2 " Guru

Murid 3 = " Teman "

Murid 4 = " Kaum kerabat

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi
yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan"

Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "

Murid 2 " Matahari "

Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia

Murid 1 = " Baja"

Murid 2 = " Besi"

Murid 3 = " Gajah "





 


Imam Ghazali  " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan,binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT
meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT
sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."







Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"

Murid 2 " Angin "

Murid 3 = " Debu "

Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini"

Murid- Murid dengan serentak menjawab "Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "



Tarian Poco-Poco Haram di Perak

Assalamualaikum....

Sedikit takzirah dr Ustaz Dr Hj Mohd Fahmi di Dewan Kg Bendang Kerajaan td mmg masih teringat2 di fikiran. Sedikit bacaan dr  Surah Yassin dan terjemahan dr ayat  & begitu menusuk hati..Dengan penjelasan tentang makhraj, tajwid segala sehinggalah kepada terjemahan ayat dan di sambung pulak dengan sepotong hadis Rasulullah S.A.W. Begitu rugi mereka yang tidak hadir. Walau pun sekejap saja masa yg ada..tapi mmg amat bermakna.
p/s : tapi aku bukan nak bercerita ttg hukum tajwid, makhraj, hadis & sebagainye..sebaliknya..satu perkongsian untuk semua. Pesanan dr Ustaz Fahmi..sebar-sebarkan lah


Sambil berberi penjelasan, Ustaz Fahmi jugak selang selikan dengan cerita perkembangan semasa. Dia jugak bercerita tentang pertemuannya dengan Timbalan Mufti Perak di Ipoh semalam. Terselit cerita tentang fakta haram POCO-POCO di perak. Walaupun di negeri lain majlis fatwa bersetuju bahawa poco-poco itu di bolehkan..tetapi Mufi Perak tetap bertegas mengatakan tarian atau senama poco-poco itu adalah HARAM.
Tahu dr mana asal perkataan POCO-POCO itu ???JAMAICA..maksud nye???

"Poco-poco" berasal daripada sebuah tarian ritual yang sering dilakukan di Jamaica dan mengandungi unsur kristian serta pemujaan roh, tegaskan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani berkata, perkataan "poco" dalam beberapa kamus juga disebut sebagai tarian liar yang dilakukan ketika dirasuki oleh "roh nenek moyang".

"Saya meminta beberapa pegawai budaya untuk melakukan kajian dan mereka menemui beberapa penemuan. Gerakan (tarian) berbentuk salib, biasanya mempunyai kaitan dengan agama Kristian, ia dapat dilihat dengan jelas dalam tarian itu namun perkara ini tidak disedari oleh sebahagian besar umat Islam.


"Oleh kerana itu, pendapat yang mengatakan tarian itu sebagai aktiviti senaman tidak boleh diterima. Itulah sebabnya ia haram bagi umat Islam,"  kata Mufti Perak.


Harussani, yang baru saja mengumumkan bahawa tarian itu akan dilarang di Perak, berkata beliau juga menerima telefon dari seorang penganut Kristian di Perancis yang mempertikaikan perintah larangan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Perak.

"Ketika saya bertanya kepadanya adakah dia  mahu melakukan tarian yang mempunyai gerak seperti 'gerakan solat, ia menjawab 'Tidak'," kata Harussani, sambil menambah umat Islam boleh melakukan tarian zapin atau joget untuk senaman sebagai ganti.

"Mereka boleh menari dan bersenam selama mana yang mereka inginkan, dengan syarat bahawa lelaki dan perempuan dipisahkan," katanya.

Sebuah daripada Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Perak berkata pihaknya telah membaklumkan kepada Harussani bahawa perkataan "poco-poco" ditemui dalam kamus Jamaica.

“Kami juga memberitahunya dua teori berkenaan asal usul tarian itu, dimana ramai yang menyangka ianya berasal dari Filipina atau Indonesia.

"Kami terangkan bagaimana (gerakan tarian) itu dilakukan, melalui urutan langkah dari kanan ke kiri dan dari belakang ke hadapan," katanya, bagaimanapun ia tidak menerangkan kaitannya tarian itu dengan sebarang agama.

Edisi kedua dari Kamus Bahasa Inggeris Jamaica berkaitan perkataan "poco" tidak membawa banyak makna, ia "mungkin merupakan singkatan dari perkataan pocomania".

"Pocomania", mungkin berasal dari bahasa Afrika, yang menerangkan satu tarian liar yang dilakukan ketika dirasuki oleh "roh nenek moyang" dan mendorong katalepsi, ia juga bererti "menggoncang atau bergetar, atau tarian liar dalam keadaan yang kalut".

Kata "poco-poco" juga boleh digunakan ketika menjawab soalan "Apa khabar?" yang membawa makna "agak baik, tidak terlalu bagus tetapi tidak juga terlalu buruk."

Di Kota Baru, mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengkaji tarian itu dan menambah bahawa masalah ini harus dibincangkan di peringkat persekutuan.

Dia juga menyarankan umat Islam untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa bagi membuat keputusan dan tidak membahaskan masalah tersebut lebih lanjut dikhuatiri jika perbezaan pendapat mereka ini akan menimbulkan perpecahan..

Wallahu'alam...Sama-sama kita fikir-fikirkan

p/s: dah kalau tarian  @ semanan poco-poco diharamkan, apsl? xleh wat senaman lain?kalau xde poco-poco pun leh je cari alternatif lain untuk beriadah kan??kan??

Petua Mengurangkan, Menghilangkan Batuk

Tiap kali aku ke luar negara, mesti bila balik aku akan mengalami demam + batuk selesema. Bulan satu aritu,balik dr Bandung, aku batuk sampai sebulan. Semua klinik kat Gerik ni aku dh pegi. Tapi masih batuk2 lg.3 minggu lepas, aku baru balik dr menyerjakan Umrah, batuk lg. Ramai yg bg petua untuk kurangkan batuk aku. Siap dapat warning dr bos lepas ni jgn pegi bercuti di luar negara lagi..wakakakaka

Ubat Batuk 

Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan batuk yg di beri oleh jiran-jiran, rakan ofis & kengkawan.



* Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi



* Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.



* Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.



* Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.



* Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.



* Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.



* Perah 1/3 limau nipis dalam segelas kecil air suam dan campurkan dengan 3 sudu teh madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

* Letakkan sedikit kicap dlm cawan kecil, perah limau nipis didalamnya. Minum sesudu 3kali sehari.

Cubalah.. Tapi untuk aku, batuk tu akan hilang dengan sendirinya lepas sebulan.huhuhuhu.Sbb??? Aku pernah try 1 je petua yg kt atas tu, kukus buah orange.Tapi bukan taruk gula batu sebaliknya taruk garam. (budak cine kt ofis bgtau)....tapi batuk masih tak baik2 lg..

Selamat mencuba.... 

Kemaafan adalah dendam yang terindah






Mengapa cincin di pakai dijari manis?

Assalamualaikum...


Harini cerita apa nak di kongsi..Ha! pernah tak korang tengok majlis membatalkan air sembahyang sebaik saje akad nikah? or korang sendiri yg alami? Perhati tak bila si pengantin lelaki nak sarung cincin, jari yg di sumbat cincin mesti jari manis. kenapa erkkk? aku pernah la search kt tenet.. terjumpa la petua ni kenapa cincin molek di jari manis. 

Ada mitos mengatakan jari ibujari mewakili ibu bapa kita, jari telunjuk mewakili adik beradik kita, jari kelingking mewakili anak-anak & jari manis mewakili pasangan hidup. Wallahualam..

Satukan kedua tangan korang dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).



1.Cuba buka ibu jari korang, ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.

2.Tutup balik ibu jari korang dan buka jari telunjuk plak, jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik). Mereka memiliki keluarga sendiri, dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.Sekarang tutup jari telunjuk korang dan buka jari kelingking, jari kelingking mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.Selanjutnya, tutup jari kelingking korang, bukalah jari manis dimana korang sarung cincin perkahwinan. Korang akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka kerana jari manis mewakili suami isteri, selama hidup korang dan pasangan korang akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.(Tapi ada je kes cerai berai kan? wallahualam).
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dah cuba dah????aku dah cuba dah... betul lah tak boleh nak buka jari manis... wow... ahahaha.. terpesona sebentar...
p/s: Ketawa berguling guling aku. Punyalah ramai pasangan yang bercerai….. cincin tetap kat jari manis gak.Tapi satu perkara yang tak terjawab adalah…. pasal apa jari manis tak boleh dipisahkan..?????

Itu la sebabnya cincin di sarung di jari manis.Tapi itu sekadar kebetulan sahaja.Mitos. Tapi sebenar benarnya adalah:

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari 

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari) 


dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk 

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. 

Perhatian 

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

Sumber : dari internet  

© 2008 . Adapted to Blogger by Zona Cerebral, design by Arcsin Web Templates.