| Masjid Nabawi dari pintu depan |
Perjalanan 5 jam dari Mekah ke Madinah sedikit memenatkan.Tapi keterujaan untuk sampai di Kota Nabi S.A.W membuatkan tempoh perjalanan tidak terasa jauh...Sebaik sampai di Madinah hari sudah lewat. Selesai urusan hotel dan bilik penginapan, diberi sedikit taklimat oleh Mutawif, makan malam, kami terus ke bilik untuk berehat..
Pagi itu kami di bawa ke Masjid Nabawi iaitu Masjid Nabi S.A.W... Hati tiba2 terasa berdebar2 bila semakin hampir dengan Masjid Nabi.. Entah kenapa hati rasa sayu dan hiba. Ya Allah.. dari jauh aku dah dapat lihat kubah hijau itu.. Ya.. Disitulah makam Nabi. Di sanalah Nabi S.A.W di semadikan.. Ya Allah... menitis air mataku... Mutawif membacakan doa. Dan kami akhirnya menyampaikan salam pada Rasulullah S.A.W dan sahabat... Berada di sini untuk 3 hari bagiku tidak cukup.. Rasanya ingin sekali aku terus tinggal di sini supaya aku dekat dengan Rasulullah S.A.W...
Impian ku untuk memasuki Raudah (antara Taman-taman Syurga) tercapai..walaupun keadaan terlalu padat dengan orang2 bangsa lain, tapi alhamdulillah, kami dapat solat di Raudah.. Ya Allah tak tergambar di fikiran, begitu indah sekali dan tenang bila di Raudah.... Cantik! Akhirnya kami dapat solat secara bergilir2 berhampiran dengan makam Nabi S.A.W di sudut kiri Raudah...
Tapi apakan daya.. keadaan tak mengizinkan aku terus lama di Madinah. Sana bukan tempatku.. InsyaAllah, aku pasti kesana lagi...
Ya Rasulullah.... Aku Rindu padamu.
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat..







