Assalamualaikum....
Selain kisah tarian poco-poco yang di terangkan oleh Ustaz Fahmi mlm td, Ustaz Fahmi jugak menerangkan tentang bagaimana Rasulullah S.A.W dan Imam Al Ghazali sering menggunakan pendekatan teka-teki dalam menyampaikan sesuatu . Antara nya:
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan
murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka-Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 " Guru
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi
yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan"
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia
Murid 1 = " Baja"
Murid 2 = " Besi"
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan,binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT
meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT
sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini"
Murid- Murid dengan serentak menjawab "Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
Nuffnang
Tarian Poco-Poco Haram di Perak
Assalamualaikum....
Sedikit takzirah dr Ustaz Dr Hj Mohd Fahmi di Dewan Kg Bendang Kerajaan td mmg masih teringat2 di fikiran. Sedikit bacaan dr Surah Yassin dan terjemahan dr ayat & begitu menusuk hati..Dengan penjelasan tentang makhraj, tajwid segala sehinggalah kepada terjemahan ayat dan di sambung pulak dengan sepotong hadis Rasulullah S.A.W. Begitu rugi mereka yang tidak hadir. Walau pun sekejap saja masa yg ada..tapi mmg amat bermakna.
p/s : tapi aku bukan nak bercerita ttg hukum tajwid, makhraj, hadis & sebagainye..sebaliknya..satu perkongsian untuk semua. Pesanan dr Ustaz Fahmi..sebar-sebarkan lah
p/s : tapi aku bukan nak bercerita ttg hukum tajwid, makhraj, hadis & sebagainye..sebaliknya..satu perkongsian untuk semua. Pesanan dr Ustaz Fahmi..sebar-sebarkan lah
Sambil berberi penjelasan, Ustaz Fahmi jugak selang selikan dengan cerita perkembangan semasa. Dia jugak bercerita tentang pertemuannya dengan Timbalan Mufti Perak di Ipoh semalam. Terselit cerita tentang fakta haram POCO-POCO di perak. Walaupun di negeri lain majlis fatwa bersetuju bahawa poco-poco itu di bolehkan..tetapi Mufi Perak tetap bertegas mengatakan tarian atau senama poco-poco itu adalah HARAM.
Tahu dr mana asal perkataan POCO-POCO itu ???JAMAICA..maksud nye???
"Poco-poco" berasal daripada sebuah tarian ritual yang sering dilakukan di Jamaica dan mengandungi unsur kristian serta pemujaan roh, tegaskan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Harussani berkata, perkataan "poco" dalam beberapa kamus juga disebut sebagai tarian liar yang dilakukan ketika dirasuki oleh "roh nenek moyang".
"Saya meminta beberapa pegawai budaya untuk melakukan kajian dan mereka menemui beberapa penemuan. Gerakan (tarian) berbentuk salib, biasanya mempunyai kaitan dengan agama Kristian, ia dapat dilihat dengan jelas dalam tarian itu namun perkara ini tidak disedari oleh sebahagian besar umat Islam.
"Oleh kerana itu, pendapat yang mengatakan tarian itu sebagai aktiviti senaman tidak boleh diterima. Itulah sebabnya ia haram bagi umat Islam," kata Mufti Perak.
Harussani, yang baru saja mengumumkan bahawa tarian itu akan dilarang di Perak, berkata beliau juga menerima telefon dari seorang penganut Kristian di Perancis yang mempertikaikan perintah larangan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Perak.
"Ketika saya bertanya kepadanya adakah dia mahu melakukan tarian yang mempunyai gerak seperti 'gerakan solat, ia menjawab 'Tidak'," kata Harussani, sambil menambah umat Islam boleh melakukan tarian zapin atau joget untuk senaman sebagai ganti.
"Mereka boleh menari dan bersenam selama mana yang mereka inginkan, dengan syarat bahawa lelaki dan perempuan dipisahkan," katanya.
Sebuah daripada Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Perak berkata pihaknya telah membaklumkan kepada Harussani bahawa perkataan "poco-poco" ditemui dalam kamus Jamaica.
“Kami juga memberitahunya dua teori berkenaan asal usul tarian itu, dimana ramai yang menyangka ianya berasal dari Filipina atau Indonesia.
"Kami terangkan bagaimana (gerakan tarian) itu dilakukan, melalui urutan langkah dari kanan ke kiri dan dari belakang ke hadapan," katanya, bagaimanapun ia tidak menerangkan kaitannya tarian itu dengan sebarang agama.
Edisi kedua dari Kamus Bahasa Inggeris Jamaica berkaitan perkataan "poco" tidak membawa banyak makna, ia "mungkin merupakan singkatan dari perkataan pocomania".
"Pocomania", mungkin berasal dari bahasa Afrika, yang menerangkan satu tarian liar yang dilakukan ketika dirasuki oleh "roh nenek moyang" dan mendorong katalepsi, ia juga bererti "menggoncang atau bergetar, atau tarian liar dalam keadaan yang kalut".
Kata "poco-poco" juga boleh digunakan ketika menjawab soalan "Apa khabar?" yang membawa makna "agak baik, tidak terlalu bagus tetapi tidak juga terlalu buruk."
Di Kota Baru, mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengkaji tarian itu dan menambah bahawa masalah ini harus dibincangkan di peringkat persekutuan.
Dia juga menyarankan umat Islam untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa bagi membuat keputusan dan tidak membahaskan masalah tersebut lebih lanjut dikhuatiri jika perbezaan pendapat mereka ini akan menimbulkan perpecahan..
Wallahu'alam...Sama-sama kita fikir-fikirkan
p/s: dah kalau tarian @ semanan poco-poco diharamkan, apsl? xleh wat senaman lain?kalau xde poco-poco pun leh je cari alternatif lain untuk beriadah kan??kan??
by Cik Miza at 12:15 AM 0 comments
Petua Mengurangkan, Menghilangkan Batuk
Tiap kali aku ke luar negara, mesti bila balik aku akan mengalami demam + batuk selesema. Bulan satu aritu,balik dr Bandung, aku batuk sampai sebulan. Semua klinik kat Gerik ni aku dh pegi. Tapi masih batuk2 lg.3 minggu lepas, aku baru balik dr menyerjakan Umrah, batuk lg. Ramai yg bg petua untuk kurangkan batuk aku. Siap dapat warning dr bos lepas ni jgn pegi bercuti di luar negara lagi..wakakakaka
![]() |
| Ubat Batuk |
Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan batuk yg di beri oleh jiran-jiran, rakan ofis & kengkawan.
* Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi
* Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
* Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
* Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
* Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
* Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
* Perah 1/3 limau nipis dalam segelas kecil air suam dan campurkan dengan 3 sudu teh madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
* Letakkan sedikit kicap dlm cawan kecil, perah limau nipis didalamnya. Minum sesudu 3kali sehari.
Cubalah.. Tapi untuk aku, batuk tu akan hilang dengan sendirinya lepas sebulan.huhuhuhu.Sbb??? Aku pernah try 1 je petua yg kt atas tu, kukus buah orange.Tapi bukan taruk gula batu sebaliknya taruk garam. (budak cine kt ofis bgtau)....tapi batuk masih tak baik2 lg..
Selamat mencuba....

by Cik Miza at 1:41 AM 0 comments
Mengapa cincin di pakai dijari manis?
Assalamualaikum...
Harini cerita apa nak di kongsi..Ha! pernah tak korang tengok majlis membatalkan air sembahyang sebaik saje akad nikah? or korang sendiri yg alami? Perhati tak bila si pengantin lelaki nak sarung cincin, jari yg di sumbat cincin mesti jari manis. kenapa erkkk? aku pernah la search kt tenet.. terjumpa la petua ni kenapa cincin molek di jari manis.
Ada mitos mengatakan jari ibujari mewakili ibu bapa kita, jari telunjuk mewakili adik beradik kita, jari kelingking mewakili anak-anak & jari manis mewakili pasangan hidup. Wallahualam..
Satukan kedua tangan korang dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).
1.Cuba buka ibu jari korang, ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.
2.Tutup balik ibu jari korang dan buka jari telunjuk plak, jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik). Mereka memiliki keluarga sendiri, dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
3.Sekarang tutup jari telunjuk korang dan buka jari kelingking, jari kelingking mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.
4.Selanjutnya, tutup jari kelingking korang, bukalah jari manis dimana korang sarung cincin perkahwinan. Korang akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka kerana jari manis mewakili suami isteri, selama hidup korang dan pasangan korang akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.(Tapi ada je kes cerai berai kan? wallahualam).
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dah cuba dah????aku dah cuba dah... betul lah tak boleh nak buka jari manis... wow... ahahaha.. terpesona sebentar...
p/s: Ketawa berguling guling aku. Punyalah ramai pasangan yang bercerai….. cincin tetap kat jari manis gak.Tapi satu perkara yang tak terjawab adalah…. pasal apa jari manis tak boleh dipisahkan..?????
Itu la sebabnya cincin di sarung di jari manis.Tapi itu sekadar kebetulan sahaja.Mitos. Tapi sebenar benarnya adalah:
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
Sumber : dari internet
by Cik Miza at 12:37 AM 0 comments
Nota Cinta buat bakal suami ku
Assalamualaikum....
Alhamdulillah syukur kerana aku diberi kesempatan lagi untuk berkongsi pendapat, melontarkan pandangan. Maaf, mmg aku bukanlah orang yang layak untuk melontarkan pandangan pada isu- isu semasa.Aku juga sedar aku punya kekurangan diri. Tapi apa salahnya sekiranya kita semua berkongsi sedikit apa yang di rasa, dan kita baca bersama.
Ingin sekali aku berkogsi satu kisah pendek (cerpen) .Semoga kisah ini menjadi teladan untuk kita semua.
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.
Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.
”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.
“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.
Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.
Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.
”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.
Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.
Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.
”Astaghfirullahal azim..alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.
Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.
Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.
Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.
Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah...
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, Izhar...
Wassalam saudaraku Muhd Izhar...
Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...
Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…
“Astaghfirullahal ’azim...Astaghfirullahal ‘azim…Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.
Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.
Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...
- Artikel iluvislam.com
Bisik hati ku:
YA ALLAH..
Aku percaya, sesungguhnya setiap apa yang berlaku di alam ini, pasti ada hikmahnya...Jodoh, hidup dan mati ku telah di tetapkan oleh MU..Kau berilah kekuatan kepada ku untuk terus redha dengan segala ketentuan MU... Jika KAU telah tetapkan jodoh untuk kami bersama, KAU lindungilah dia... KAU kuatkan imam kami supaya ibadah kami terus bertambah setiap hari.. Lindungilah perasaan kami ini, dan serahkan lah perasaan ini kepada yang halal kami serahkan....
YA ALLAH...
KAU lindungilah kami...Hanya kepada MU, aku berharap dan meminta pertolongan.. Jika kami rindu, rindukan lah kami kepada orang-orang yang halal untuk kami rindui...semoga kami berjaya melindungi perasaan ini..AMIN....
by Cik Miza at 10:39 PM 0 comments
Aurat Wanita & NERAKA (Part 3)
Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.Allah tidak suruh wanita pergi berjihad,wanita cari nafkah,wanita jadi pemimpin,itu semua tugas lelaki.Jika lelaki tunaikan itu semua pun,belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu.Belum tentu. Aurat Itu Tinggi Nilainya
Betapa Islam mementingkan nilai aurat sehingga gambar perempuan yang tidak bertudung atau tidak menutup aurat itu pun dikira sebagai aurat dan berdosa bahkan rambut yang terputus itu pun dikira aurat,wajib dijaga daripada pandangan lelaki.Semuanya bertujuan bagi menjaga maruah wanita itu sendiri.Logiknya,jika Rafiq nampak rambut Salina yang terputus di karpet surau,Rafiq dapat mengagak rambut Salina macamana.Pasti Salina akan berasa malu.
Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.Allah tidak suruh wanita pergi berjihad,wanita cari nafkah,wanita jadi pemimpin,itu semua tugas lelaki.Jika lelaki tunaikan itu semua pun,belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu.Belum tentu.
Mulianya darjat kaum Ansar berbanding kaum Quraisy kerana auratnya. Imam Bukhari dalam satu riwayat memetik kat-kata Safiyah, katanya, “ketika kami berada di sisi Aishah,kami telah memuji kelebihan wanita Quraisy.Lalu Aishah berkata bahawa sesungguhnya wanita Quraisy itu ada kelebihannya juga.Tetapi,demi Allah,aku tidak melihat kelebihan tersendiri yang ada pada wanita Ansar.Mereka amat beriman kepada kitab Allah dengan apa yang diturunkan oleh Allah kepada mereka.Sesungguhnya telah turun ayat 31 Surah An-Nur yang memerintahkan para wanita mukminah melabuhkan kain tudung mereka sehingga tidak nampak lagi perhiasan.Demikian juga dengan lelaki mereka ,apabila pulang ke rumah mereka terus membaca ayat tersebut kepada isteri-isteri mereka,anak-anak perempuan mereka,saudara-saudara perempuan mereka dan kepada kaum kerabat mereka yang wanita.Setelah mendengar ayat itu,tidak ada seorang pun daripada mereka duduk,semuanya bangun mengambil kain,lalu menutup kepala dan muka mereka demi mematuhi dengan segera perintah ayat tersebut.Kelihatanlah mereka berjalan di belakang Rasulullah dalam keadaan menutup seluruh tubuh badan dengan pakaian hitam,bagai gagak-gagak hitam.”
Jika anda berjalan di satu jalan,di jalan itu terdapat banyak tahi lembu. Apakah tindakan yang anda akan lakukan?Angkat kain anda supaya tidak terkena tahi dan berjalan melepasinya?Atau terus sahaja berjalan tanpa menghiraukan tahi-tahi tersebut?
Ummu Salamah,isteri baginda yang terkenal dengan akalnya yang hebat pernah bertanya, “aku termasuk wanita yang memakai pakaian labuh sehingga apabila berjalan di tempat kotor,terkena kekotoran di pakaianku.”Rasulullah menjawab, “cucuilah selepas itu.” (Riwayat Abu Daud dengan sanad Soheh)
Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa Rasulullah lebih mementingkan penjagaan aurat daripada kekotoran kerana kekotoran lumpur mudah untuk dicuci tetapi terdedahnya aurat menyebabkan diri dan orang lain pun turut terpalit dengan dosa yang sukar untuk dibersih.
Wanita dan Fair n Lovely
“Aku memang sukelah tengok pompuan yang bile die pakai tudung,belakang tudung die naik ke atas.Lawa dow.”Bisik Cerah kepada Fitri.
“Owh,tu sebab care ikat rambut die kan?”Tanya Fitri.
“Eh,bukanke sebab rambut die panjang ke?”Soal Cerah balik.
“Tu satu sebab la,tapi boleh je yang rambut panjang tu jatuhkan.Ade kawan aku,freehair,bile die pakai tudung,jadi camtu la.Rambut takde la panjang sangat.”Terang Fitri.
“Ah,tak kisahla,yang penting aku suke.”Beritahu Cerah.
Semasa di sekolah menengah dulu,ada seorang ustazah yang sangat cantik,dia pakai tudung seperti di atas dan disebabkan dia,ana memang suke tengok perempuan yang pakai tudung yang ada seakan-akan bonggol di belakang.Semasa balik ke Kelantan tempoh hari,ana sempat ke pasar malam Wakaf Che Yeh.Mungkin takdir, ana beli satu buku tentang aurat dan dalam buku itu tertulis satu hadis nabi yang berbunyi:
Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah)
Setelah membaca hadis ini,ana tersentak,terkesima buat seketika.Ya Allah, ampunkanlah hamba Mu yang dhaif ini.Ternyata ana telah menyukai sesuatu yang terkutuk.Dalam riwayat Bukhari,hadis ini terdapat tambahan yang berbunyi:
Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium sedikit pun bau syurga.Sesungguhnya bau syurga itu dapat tercium dari jarak yang amat jauh sekali.
Namun begitu,bagaimana pula dengan wanita yang mempunyai rambut yang panjang?Secara jujurnya,ana masih belum mempunyai jawapan yang tepat tentang ini.Puas mencari dan bertanya,tapi tiada jawapan yang boleh digunakan sebagai pegangan.Jadi,ana berharap ada pembaca yang sudi berkongsi tentang perihal sanggul ini.Hadis di atas dikeluarkan dengan tujuan untuk berkongsi,bukan untuk menetapkan apa-apa hukum.Insya Allah,jika ana ada jawapannya,ana akan hebahkan kepada semua.
Wanita diharamkan berhias untuk menunjuk-nunjuk.Sabda Rasulullah, “siapa yang memakai pakaian yang menjolok mata,maka di akhirat nanti Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan dan kemudian dinyalakan api neraka pada pakaiannya.”
“Habis tu?Takley la pakai bedak?Takley la pakai celak?Takley la pakai T3?Fair n lovely?”
Semua amalan itu bergantung pada niatnya,jika niat untuk menunjuk-nunjuk maka haram hukumnya namun jika untuk menjaga kecantikan diri dengan syarat tidak berlebih-lebih,syarak membenarkannya.Kalau kulit hitam, dimake-upnya sehingga menjadi putih,ini haram.Ingat,jangan berlebih-lebih sehingga menarik minat lelaki untuk melihatnya.
Perhiasan pula bagaimana?Boleh,wanita dibolehkan memakai perhiasan berdasarkan firman Allah dalam surah An-Nur tetapi hanya yang zahir sahaja.Dalam membahaskan ‘perhiasan yang zahir’,banyak pendapat yang keluar.Yang paling senang dan dipraktikkan di Malaysia,cincin dan gelang. Kalau anda memakai rantai atau anting-anting,ia hanya boleh dipamerkan kepada 17 jenis golongan sahaja iaitu suami,bapa kandung,bapa meretua,anak lelaki,anak lelaki tiri,saudara lelaki,anak lelaki saudara lelaki,anak lelaki saudara perempuan,wanita islam,hamba lelaki,pelayan lelaki yang tidak bersyahwat,kanak-kanak lelaki(<-diterangkan dalam Quran| diterangkan dalam hadis->),anak lelaki susuan,bapa susuan,saudara susuan,bapa saudara susuan dan menantu lelaki.
Syarat seterusnya,jangan menyerupai pakaian lelaki.Dari Abdullah bin ‘Amar katanya, bahawa dia mendengar Rasulullah berkata, “tidak termasuk golongan kami wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai wanita.”
Jangan pula meniru pakaian ahli agama lain.Disebabkan pakaian Sister Kristian nampak lawa,lalu dipakainya.Haram.Rasulullah bersabda, “siapa yang menyerupai suatu kaum,maka ia dianggap tergolong ke dalam golongan tersebut.”Dalam bab ini,Rasulullah sangat tegas.Rasulullah pernah melihat 2 helai pakaian yang bergambar burung.Lalu baginda bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya ini adalah pakaian orang-orang kafir.Oleh itu janganlah kamu memakainya.”Kebiasaan ini,orang ramai suka memakai pakaian yang tertera kalimah-kalimah agama lain dan simbol-simbol agama lain,jangan pakai,haram hukumnya.Rasulullah menggunakan perkataan ‘jangan’ dalam hadis di atas menunjukkan pemakaiannya adalah haram.
Dan jangan pula memakai pakaian itu untuk bermegah-megah.Satu golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah di akhirat esok adalah golongan yang memakai pakaian yang kainnya bawah buku lali.Hadis ini merupakan satu kiasan,di zaman Rasulullah,ramai orang yang suka bermegah-megah dengan memakai pakaian sehingga tersentuh tanah dek kerana sukarnya mendapat kain di zaman itu.Sesiapa yang melabukan pakaian bermakna dia orang yang kaya.Jadi,hadis ini sebenarnya ingin menyatakan Allah tidak memandang golongan yang bermegah-megahan.Jadi,janganlah pakai pakaian untuk bermegah-megah.
Akhir Qalam
Allah itu cantik dan sukakan kecantikan maka jagalah kecantikan diri anda wahai kaum Hawa.Islam adalah agama fitrah jadi islam sentiasa mementingkan fitrah manusia.Fitrah wanita adalah sentiasa ingin kelihatan cantik walaupun mukanya bak bulan purnama,jadi Islam membenarkan wanita untuk menjaga kecantikannya tapi bersyarat.
Apabila diikat-ikat dan disimpulkan perkara-perkara di atas,semuanya akan kembali kepada satu yakni niat.Jika baik niat anda,insya Allah,anda dapat pahala jika tidak anda dapat dosa.Jika anda menjaga kecantikan diri anda untuk bakal suami anda,insya Allah,syurga balasannya tapi ingat,jangan berlebih-lebih.Dan kepada wanita yang bersuami,anda wajib menjaga kecantikan anda.
Suami tidak akan cakap , ayang pakai lah tu,kuruskan sikit badan ,senam la sikit,pakai pewangilah dan macam-macam lagi kerana lelaki biasanya merupakan pemerhati yang setia dan kerjanya hanya memerhati.Bila subjek yang diperhatikan itu tidak menarik,maka mulalah dia mencari subjek yang lain untuk diperhatikan.Ha,masa ini barulah sibuk cari itu cari ini.Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian,tiada guna beb~
Jika anda telah terlanjur memakai tundung tapi berbonggol unta,memakai baju tapi nampak susuk tubuh badan,memakai pakaian sang lelaki,anda masih selamat.Insaflah.Allah menerima taubat hamba Nya walau apa-apapun jenis kesalahan selagi tidak mensyirikkan Nya.
by Cik Miza at 9:50 PM 0 comments
Aurat Wanita & NERAKA (Part 2)
Aurat Dan Kita
“Biarlah aku tidak pakai tudung pun,ko sibuk apa?Luaran tak penting weyh,”balas Lydia selepas ditazkirah oleh Ien.
“Luaran tak penting?Bukan luaran menggambarkan dalaman ke?”Soal Ien.
“Mane ade,don’t judge a book by its cover.Aku tak kisah pun pakai ape, asal dalaman aku baik dah la,”jawab Lydia lagi.
“Ko cakap luaran tak penting,tapi ko habiskan ribu-ribu beli make-up dan make-up tebal-tebal tu ape?Dalaman?”Tanya Ien lagi,cuba memecahkan tembok ego si Lydia.
‘Ah,tu lain.”Jawab Lydia,dahinya mula berkerut.
“Ala,senang.Cakap je la ko tak nak pakai…”Sindir Ien.
Pakai tudung untuk menjadi baik atau jadi baik untuk pakai tudung, yang mana satu betul?Terpulang kepada anda,anda yang tentukan bukan ana.Menutup aurat merupakan satu ujian kepada kaum hawa dan ia juga satu bonus besar kepada mereka tetapi ramai yang tidak sedar.Ramai yang tidak sedar bahawa suruhan menutup aurat ini sebenarnya merupakan satu cara untuk mereka(kaum Hawa) meninggikan lagi harga diri mereka.
Pernah atau tidak,ada seorang kawan datang kepada anda dan berkata, “weh, ko taw ,semalam aku nampak fulan dengan fulan tengah…Emm..Takpelah, malas aku nak ngumpat.” Mesti anda tension dengannya kerana cerita tidak habis,tergantung. Disebabkan tergantung,anda ingin tahu kesudahan ceritanya,lalu anda marah atau pujuk dia untuk menyambung ceritanya. Lihat,sesuatu itu menjadi mahal bila ia tergantung atau misteri.
Begitulah aurat memahalkan lagi penjaganya.Apabila dilakukan servey ke atas 40 orang lelaki,majoriti mengatakan bahawa perempuan yang seksi lagi menawan hati mereka berbanding perempuan yang bogel.Apabila ditanya mengapa,katanya, “ala,da bogel wat pe.Yang seksi la best coz kite jadi lagi nak taw,tu yang syok tu.”Dan soalan servey diedit sedikit,apakah pandangan mereka terhadap perempuan yang berpurdah.Jawapan mereka hampir sama yakni mereka sangat ingin tahu muka di sebalik penutup itu.Ditambah pula dengan gosip yang mengatakan perempuan berpurdah semuanya lawa-lawa sebab itu diorang berpurdah,elak fitnah.
Di zaman Rasulullah,seorang mak cik tua sedang berjalan pulang dari pasar menuju ke rumahnya. Tengah dia lenggang-lengguk,datang seorang budak lelaki menegurnya.
“Wahai Makcik,apakah kamu tidak mendengar sabda Rasulullah yang menyuruh perempuan memakai jilbab?”
Tanpa banyak tanya,semua barang yang dibeli tadi dilepaskan dan dia berlari ke dinding berdekatan sambil tangannya cuba untuk menutup rambutnya. Lalu dia memanggil kanak-kanak tadi dan menyuruh kanak-kanak itu balik ke rumahnya dan membawa selendang kepadanya.
Di zaman Rasulullah juga,ada seorang perempuan tua yang gila insen. Apabila penyakit gilanya datang,dia tidak akan menghiraukan solat,puasa atau apa-apa tuntutan ke atasnya.Namun pada suatu hari,selendang yang menutup kepalanya terbuka dek ditiup angin,lalu dia menjerit kerana takutkan azab Allah dan terus pengsan.
Lihatlah betapa muslimah di zaman Rasulullah menjaga aurat mereka. Seorang makcik yang baru balik daripada membeli barang di pasar sanggup melepaskan semua barangnya demi menutup auratnya dan seorang gila pengsan apabila auratnya terdedah.Bandingkan dengan kita,sudahlah ada kain tudung,gila jauh sekali tapi aurat tetap didedah.
Ana pelik apabila melihat ada muslimah yang memakai tudung tapi nampak batang lehernya atau yang lebih teruk,rambutnya terburai keluar dari tudungnya bagaikan duri-duri landak.Ada juga yang elok menutup rambut tapi dada terbuka seperti sedang mengalu-alu sang helang datang menyambar. Mak Cik di kampung lagi teruk,pakai tudung tapi telinga keluar,astaga.Mungkin telinga mereka berketurunan night elf.Gurau.
Semasa di tingkatan 1,ustaz memberitahu sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki ajnabi,perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat.Dalam satu pendapat,1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.Itu rambut, benda yang boleh dibilang,sehelai demi sehelai.Tetapi bagaimana pula dengan kulit tangan yang didedah? Macamana ia dihitung?Liang roma demi liang roma?Sel demi sel?Wallahua’lam.
Ada pula yang menutup aurat tapi nipis kainnya sehingga nampak bentuk tubuh badannya atau nampak warna kulitnya.Diriwayatkan bahawa beberapa orang wanita Bani Tamim datang ke rumah Siti Aishah dalam keadaan berpakaian nipis.Melihatkan keadaan mereka,Aishah berkata kepada mereka, “jika kamu wanita mukminah,maka bukan begini fesyen pakaiannya.”
Sekarang,ana lihat ada satu jenis pakaian.Ana tidak tahu apa nama pakaian itu. Pakaian itu seakan-akan baju kurung tapi luarnya lut cahaya,ada corak bunga-bunga dan dalamnya macam singlet.Ketahuilah itu bukan pakaian menutup aurat kerana pakaian dalamnya menampakkan susuk tubuh badannya.
“Ala,I dah beli.Mahal you taw.Membazir kalau tak pakai,”ngomel Zainab kepada suaminya.
“Membazir?Membuang sesuatu yang dibenci Allah dikira membazir?Katakan ada seorang apek datang ke rumah kita dan menghadiahkan kita babi,tak nak buang babi tu sebab takut membazir?”Jawab suami Zainab.
“Tu lain…”balas Zainab sambil mulutnya yang muncung keluar.
“Lain tak lain.Cakap je la you nak pakai.Takyah cari alasan.You pakai,nusyuz,I talak 10!!”Marah suaminya.
Bagaimana pula memakai pakaian yang warnanya sama dengan warna kulit? Hukumnya sama,apabila sesuatu pakaian itu menampakkan susuk tubuh dan kulit warna seorang wanita,maka pakaian itu dikira tidak menutup aurat. Bagaimana pula dengan stokin tangan(stongan) dan kaki yang berwarna seperti warna kulit?
“Ala,kulit aku warna coklat gelap,stongan ni warne coklat muda,”jawab Salmah.
Kalau macam tu nak buat macamana?Ana pun tak tahu apa hukumnya,puas mencari tapi tidak jumpa,insya Allah ana akan tanya kepada ustaz atau ustazah. Tapi ada satu kaedah yang senang dan selamat,anti beli hitam,elak syubhah,jadi warak.Bukankah warak itu dituntut dalam Islam?
“Ko nak pakai juga Salmah?Lantak ko!Manusia ada jutaan alasan.”
by Cik Miza at 9:45 PM 0 comments
Aurat Wanita & NERAKA (Part 1)
Di tangan seorang ayah,ada 18 biji coklat.Si ayah membenarkan anaknya makan 17 biji coklat dan sebiji lagi dimakannya.Adakah si ayah berlaku zalim terhadap anaknya dek kerana makan sebiji coklat itu?Tidak,ini tidak zalim.Seorang ayah yang menghadkan anaknya daripada makan terlampau banyak coklat takut gigi anaknya rosak dan pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan dirinya sendiri.Inilah adil namanya.Itu di pihak ayah,bagaimana pula di pihak anak.Jika anak tetap memilih coklat yang dilarang oleh ayahnya,apakah perkataan yang sepatutnya kita guna untuk melabelkan si anak?Sengal?Bodoh?Anda labellah sendiri,kalau ana yang labelkan,lagi teruk bunyinya.
Itulah analoginya.Allah menghalalkan 17 jenis lelaki kepada seorang wanita untuk mendedahkan auratnya kepada mereka dan mengharamkan 1 jenis lelaki yakni lelaki yang bukan mahramnya. Persoalannya,kenapa kebanyakan wanita memilih jenis yang diharamkan kepadanya atau ayat yang lebih tepat,mengapa ramai wanita membaham kesemuanya?Ha,labellah wanita-wanita jenis ini dengan perkataan yang anda labelkan si anak sebentar tadi.
Wanita Dan Aurat
Sebelum kita pergi lebih jauh tentang busana muslimah,ada baiknya kita tahu dahulu kedudukan dan batas-batas aurat wanita yang ditetapkan syarak. Kalau tidak,secara tidak lansung kita akan mengfesyenkan Islam bukan mengislamkan fesyen.
Disebabkan kita berada di Malaysia dan penduduk Malaysia secara majoriti bermazhab Syafie,maka kita kan lanjutkan perbincangan kita berpaksikan pandangan-pandangan daripada mazhab syafie sahaja.Jika ada pandangan lain, bergantung kepada diri anda untuk mengamalkannya atau tidak.Yang penting pandangan itu mestilah selari dengan Al-Quran dan Al-Hadis.
Di dalam mazhab syafie terdapat 2 qaul.Qaul yang pertama mengatakan aurat wanita ialah seluruh badan tanpa berkecuali.Manakala Qaul kedua pula menyatakan aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.Walaubagaimanapun,berdasarkan qaul kedua,jika mendedahkan muka dan tapak tangan boleh menimbulkan fitnah,maka ketika itu wajib pula menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali.
Siapa Yang Berhak Lihat?
Muslimah boleh mendedahkan auratnya kepada 17 jenis golongan yakni yang berketurunan sama dengannya dan yang terjadi secara ibu susuan. Golongan yang diharamkan kepada kaum wanita pula ialah lelaki ajnabi,yakni lelaki asing.Contohnya,muslimah JAD tidak boleh mendedahkan rambutnya di hadapan muslim JAD kerana muslim JAD itu termasuk dalam golongan yang satu ini.Jika dedah?Nahas!Azab neraka menanti kamu!
Bagaimana pula kalau wanita dengan wanita?Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,Rasulullah bersabda, “seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lain,demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain.Tidak boleh dua lelaki berada dalam satu selimut.Demikian juga wanita dilarang berbuat demikian.”Namun,aurat bagi wanita dengan wanita ada sedikit perbahasan dan ulama’ sepakat mengatakan aurat wanita dengan wanita sama dengan aurat lelaki dengan lelaki iaitu dari lutut ke pusat.Bagaimana pula dengan buah dada?Dedahlah kalau tidak malu kerana bahagian itu bukan aurat.Lutut?Paha?Ha~,itu aurat, jaga-jaga.
Saya ada kawan non-muslim,bagaimana aurat saya dengannya?Berdasarkan ayat 31 surah An-Nur yang berbunyi,”Janganlah para wanita Muslimah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada wanita-wanita Islam…”, Ar-Razi mentafsir bahawa aurat muslimah dengan non-muslim ialah seluruh tubuh,kecuali muka dan dua tapak tangan.Hujah ini disokong oleh pendapat Imam Nawawi.Katanya, “Berdasarkan hadis-hadis soheh bahawa wanita kafir hanya boleh melihat anggota wanita Islam yang terbuka semasa kerja sahaja,tidak lebih daripada itu.”Pasti susah buat kita dek kerana sesama muslim pun kita tidak tutup,inikan pula dengan non-muslim.
by Cik Miza at 9:38 PM 0 comments
Hebatnya Wanita Islam
![]() | |||
| *Sekadar gambar hiasan |
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh
- Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat
- 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
- Wanita yang memberi minum susu badan kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya
- Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
- Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
- Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat
- Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat....
- ....dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut
- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat
- Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan
- Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya
- Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah
- Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka
- Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari
- Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari
- Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji
- Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
- Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat
- Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya
- Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa
- Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak
- Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga
- Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah
by Cik Miza at 7:33 AM 0 comments
Aurat bukan hanya pakaian
Aurat adalah kehormatan. Sesiapa yang menutup auratnya, akan dihormati oleh Allah dan lelaki yang soleh.
Firman ALLAH, bermaksud;
"wahai Nabi, perintahlah isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita Muslim supaya melabuhkan pakaian sehingga menutup seluruh tubuh mereka, agar dapat dikenali sebagai wanita baik, dan supaya tidak diganggu oleh lelaki." (Al-Ahzab: 59)
Menutup aurat bukan sekadar memakai pakaian menutup tubuh. Oleh kerana aurat adalah kehormatan, maka menutup aurat merangkumi menutup semua yang merosakkan kehormatan wanita.
Sebuah hadis bermaksud; "Wanita itu (sendiri) adalah aurat".
Maka, bermakna apa sahaja yang ada pada wanita adalah aurat. Suara, bauan, lenggang-lenggok dan rupa paras mereka adalah kehormatan.
Jagalah kehormatan dan jangan dedahkan kehormatan itu kepada bukan mahram. Pilihlah kesucian kerana kesucian akan kekal sampai mati.
Menurut sebuah hadis, wanita berpeluang masuk syurga kerana empat perkara;
i) menjaga solat
ii) berpuasa
iii) memelihara kehormatan
iv) taat kepada suami
Firman ALLAH, bermaksud;
"wahai Nabi, perintahlah isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita Muslim supaya melabuhkan pakaian sehingga menutup seluruh tubuh mereka, agar dapat dikenali sebagai wanita baik, dan supaya tidak diganggu oleh lelaki." (Al-Ahzab: 59)
Menutup aurat bukan sekadar memakai pakaian menutup tubuh. Oleh kerana aurat adalah kehormatan, maka menutup aurat merangkumi menutup semua yang merosakkan kehormatan wanita.
Sebuah hadis bermaksud; "Wanita itu (sendiri) adalah aurat".
Maka, bermakna apa sahaja yang ada pada wanita adalah aurat. Suara, bauan, lenggang-lenggok dan rupa paras mereka adalah kehormatan.
Jagalah kehormatan dan jangan dedahkan kehormatan itu kepada bukan mahram. Pilihlah kesucian kerana kesucian akan kekal sampai mati.
Menurut sebuah hadis, wanita berpeluang masuk syurga kerana empat perkara;
i) menjaga solat
ii) berpuasa
iii) memelihara kehormatan
iv) taat kepada suami
by Cik Miza at 1:44 AM 1 comments
Labels: Indahnya ISLAM
Subscribe to:
Posts (Atom)
























