Popular Posts

CHIT CHAT


ShoutMix chat widget

My Blog List

Followers

Nuffnang

~ShoPpING @JUsCo KinTA CiTy IpOH~

waiting for my colleague
Arini aku pergi ipoh.. sbb apa?huhuhu gaji dh dpt..so apa lg ..shopping time le.. aku g ngn colleague aku aka jiran aku hanim..itu pun last minute dia nk ikut..penatnya aku nk tunggu dia bersiap..smpat aku posing dlm kete..hahaha. kitorg bertolak kol 10pg n smpai kat jusco ipoh kol 11.25..fuhhh sib baek ada parking..lum full lg.. kalau tak jenuh gak.. well apa lg ..let's shopping!
penat n puas g shopping perut pun lapar gile.. mmm nk mkn apa ek???
KFC= dh jemu.. McD= tak mau le.. Pizza= tak larat kami berdua nk abiskan byk, Kenny Roger= semput perut nk makan.. lastly kitorg g Food Court je la..
well dh smpai situ satu hal lg.. byk sgt choice.. apa nk mkn... akhirnya kitorg pilih western food.. aku mkn black pepper chicken chop.. hanim try special menu dia lemon chicken chop.. well not bad!
Lemon Chicken Chop
this is mine Black Pepper Chicken Chop
Court Shoe ~ Chadstone
huhuhu finally tujuan utama aku g shopping sbb nk beli court shoe.. arahan dr BIG BOSS.. sume ladies in my office MUST wear court shoe.. WAJIB..arghhhhhh benci tul.. jenuh aku memusing dlm Kinta City nk mcari court shoe...mmmm dr Vincci, Nose, PrimaVera, aduh.... tak de yg bkenan,,
VINCCI= tak de yg berkenan NOSE= tak menarik perhatian PRIMAVERA= lawa+berkenan tp MAHAL la plak.. CHADSTONE= inila pilihan aku..Harga berpatutan+aku suka pakai selesa.
COURT SHOE - CHADSTONE
tp benda wajib aku beli kalau gi jusco ni hehehe apa lg.. NOVEL le... fanatik novel sejak blajar kat KUSZA lg ni.. leh wat mini pustaka kat umah aku..penuh dgn koleksi novel2.. lebih 100 buah buku aku ada..hehehe
Biarlah YM Berbicara by Hanni Ramsul
View From RnR Tasik Raban, Lenggong Perak
on the way balik tu kitorg singgah kat hentian rehat kat raban...wahhh cantik tul view dr atas ni..nmpk tasik raban... mmm ap lg posing le...
it's me My Colleague AKA Neighbour AKA Hanim
dh puas bergambar, then kitorg bergerak balik .sampai kat grik kol 4.20 ptg... penat gak Barang yg aku beli 1)Of cos la court shoe high heel - Chadstone 2)Kemeja putih (utk kerja) 3)Novel 4)Pizza Hut (Raja pesan) 5)Roti Auntie Anne's 6)Big APPLE (kongsi dgn hanim) 7)Famous Amos Cookies (kudapan kt office) 8)The Bakery Cottage(utk mak)

SEJARAH GERIK

Dari catatan sejarah, orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.

Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di utara. Raja Reman menceroboh masuk ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki oleh Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman telah dihapuskan oleh kerajaan Siam dan daerah Gerik menjadi jajahannya.

Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.

Asal-usul Nama 'Gerik'

Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).

Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.

Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.

Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.

Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.

dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum.

kerja kerja kerja..

salam kawan2 hehehe.. aku tak tau nk post apa kat blog aku ni...pening..pening.. ni time ni... 8.50pm.. aku baru balik keje..OT beb... byk keje kat ofis.. tambah2 lg lak..PNB buka dana utk non bumi melabur dlm ASM & ASW..fuhhhh,..... sesak bank dgn ragam org.. tension+bengang+rasa nk marah+sakit hati = sume cmpur jadi 1...adoyai... kadang2 aku terpikir...apsl la aku nk keje bank ni.... baik cari keje lain je..tp bila di kenang semula... ada sebab kenapa rezeki aku kat tmpt tanah tumpah aku sndiri.. sbnrnya mak aku dh 3 thun mengidap penyakit kegagalan buah pinggang, tak leh berfungi... both kidney can't be used anymore!... so cara utk mgubatinya hanya la mnjalani hemodialisis.,. 3kali seminggu...setiap kali cuci darah...4jam! bygkan masa mak aku habis 4 jam kat situ je.. my lovely mum n me at my convo kusza 2003 itula antara sebabnya kenapa aku tak terpikir utk cari keje lain.. selagi hayat mak aku... biarlah aku berbakti utk dia... tp alhamdulillah...mak aku cm biasa je..leh je wat keje2 lain...CUMA... dia tak leh wat keje2 angkt brg berat... takut fistullar tmpt cuci darah tu rosak.. well, setakat ni mana2 aku pegi jauh...aku biasa bw mak skali... tak senang hati aku nk tinggal mak aku kat umah...risau.. berbalik pada keje td,.. mmmm btul kata kerol..(aku tgk blog ko td)... cabaran+dugaan+ masalah kat tmpt keje... mmmm biasala adat keje cm tu la..kalau tak nk masalah...takyah keje...dok umah goyang kaki... mkn pasir..huhuhu.. k la... chow dl... jumpa lg...

muTIaRa KaTa ~by Khalil GibRan

MENUAI CINTA *Manusia tidak dapat menuai cinta sampai dia merasakan perpisahan yang menyedihkan, dan yang mampu membuka fikirannya, merasakan kesabaran yang pahit dan kesulitan yang menyedihkan. WANITA *Seorang wanita telah dilengkapi oleh Tuhan dengan keindahan jiwa dan raga adalah suatu kebenaran, yang sekaligus nyata dan maya, yang hanya bisa kita fahami dengan cinta kasih, dan hanya bisa kita sentuh dengan kebajikan. DIRI *Dirimu terdiri dari dua; satu membayangkan ia mengetahui dirinya dan yang satu lagi membayangkan bahawa orang lain mengetahui ia. KESEDARAN Aku tidak mengetahui kebenaran mutlak. Tetapi aku menyedari kebodohanku itu, dan di situlah terletak kehormatan dan pahalaku.

AKtiViti UjuNg MinGgUku

harini hari ahad.boring tak de wat apa2 so aku tlg ar mak aku kt belakang umah.. hehehe mak aku ni suke menanam.. bleh ar takat nk mkn hari2 sayur2 tak yah la beli.. ni daun sup deng sayur kucai..hehehe kecik lagi..blum beso..tp leh la nk wat mkn.. dlm besen merah tu daun kunyit.. pastu daun bawang n yg kecik lg tu halia ni plak pokok cabai burung@cili padi..hehehe..ari2 petik..(tp bkn utk aku sbb aku tak mkn pedas)..tgk ni...2 ekor ladybird sedang memadu asmara kat daun cili padi...hehehe...cutenyeeee

sekadar renungan bersama

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama,kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai. Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan- pertanyaan saya? Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda. Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya. Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya. Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:- 1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya 2. Apakah yang dinamakan takdir 3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras. Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya? Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya. Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti. Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit. Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada? Pemuda: Ya! Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu! Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya? Pemuda: Tidak. Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini? Pemuda: Tidak. Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir. Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda? Pemuda: Kulit. Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda? Pemuda: Kulit. Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda: Sakit. Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

ZamAn SEk MeN - 1995-1999

mula2 aku nk cite kisah zaman sek dolu dolu... hehehe.. rasa rindu nk jumpe kengkwan dr sek ren.ada gak yg still tak putus contact dgn aku..(almaklumla cik ecah kata aku ni wartawan bergerak)..hehehe aku dok kelas 1A1 masa masuk tingkatan satu kt sek men gerik(nama sek tak glamer langsung kan...hehehe) ni la gmbr bebudak kelas aku..time ni muka budak2.maklum la baru masuk alam remaja..cah..cuba tgk gmbr ko..hehehe(jgn mare..)tau ar ko tinggi..nasib baek ko duduk..huhu wktu ni guru kelas cikgu sofiah kalau tak salah aku..cube ar cari aku kat mana..hehehe.cuba korg tgk lan...alahai ....kecik je aku rasa dia...kemetot..(jgn mare..) tp skrg dh tinggi...hehe Ni gmbr masa form 2..(kalau tak salah aku le)aku kt barisan dpn skali..wktu ni eksyen skit ...hehehe maklumla tak dpt jadi pengawas sek..dpt jadi pengawas perpustakaan pun dh syok..leh pakai kasut itam tu...huhuhu.. sebelah aku tu roslina.. skrg dh kwin ..dgn saiful haslim,cinta monyet yg bw ke jinjang pelamin...(kejap putus..then sambung balik).. ni plak gmbr masa tingkatan 3.(tak semua ada) mmm kononnye kelas kitrg paling gempak... kelas paling di sayangi guru2...huhuhu...yg best guru kelas kitrg sporting gile.. Pn Yong.. time ni best sbb amik PMR..tahun 97.. tp result aku tak gempak mana pun..bleh arrr...lupa nk cite lak..dr form 1 -5 aku ni agaknye mmg dh di cop didahi aku kot yg aku ni kena pegang jwtan bendahari dlm kelas tiap2 tahun..tension aku..tiap2 minggu je tebal muka minta duit..hehehee tp aku tau diorg sume caye kat aku.. akukan amanah..jujur...(masuk bakul angkat sndiri)hehehe actually byk lg gmbr time sek dl..tp almaklumla...time tu mana ada pendrive lg..mana ada digital camera...sume pakai kodak filem punya...insyaAllah nnti ada masa aku scan gmbr2 dl then post kt sini.. jumpe lg. p/s: ecah..kalau ko ada gmbr kita time sek dl..post ar kat blog aku ni.. hehehe

anak anak sedaraku...Acu rindu korang....

rindu gile aku kat 2 org anak buah aku ni... selalu dgr suara kat tel je..tiap2 kali call yg si kecik asyik ckp acu...acu... aaaa...a...aaaa.a.. tu je la..tak pandai lg..hehe berbeza ngn si kakak ni.. kalau tel..mmm asyik2 tanya bile acu nk dtg umah kakak ni... rindu acu la..tgk gmbr atas ni...fusssshhh... si kecik ni mmg suke berposing... ikut sapa lg kalau bkn mummy dia..hehe(kak lin jgn maree) gmbr ni masa kakak ipar aku bw anak2 jenguk babah diorg yg dh berbulan2 bertapa kt tapah keje kt tapak projek sana...sbb malas nk drive kakak ipar n anak naik KTM je.. tak penat.si adik excited nk jumpe babah..kakak pulak melaram la apa lg... alahai anak sedaraku.... Asya Adriana... mmm kalau bab posing... gaya ala2 model je...

Farewell En.Zahrol 13Mac 2009

Dari kiri En.Zahrol menerima saguhati dari LadyBoss Cik Edley Marhani sambil diperhatikan oleh Mr.Goh (Ass.Manager)..Farewell Dinner utk E.Zahrol kat Kelab Kilat TNB Gerik..Menu haritu Chicken Chop..mmm Ni la antara rakan setugas aku kat bank.. dari kiri En.Huzaini, En.Zahrol Fauzi, Hanim n Aku le.. gmbr ni di ambil sempana last day En.Zahrol berkhidmat di Maybank..(bersara)..sedih sbb slama dia di sini aku dh anggap dia cam abah aku.. En.Huzaini lak dah aku anggap cam abg aku.. sgala masalah..cite kisah sedih aku,kisah cinta aku..(ada ke??) aku mesti rujuk dia..Hanim lak jiran sebelah umah aku..dh rezeki dia..keje skali ngn aku...huhuhu..kitorg mmg kamceng..minah ni suke melawak..klau kat bank tak dgr suara dia..sunyi arr.. Sebahagian Staff Maybank Gerik bergambar kenangan bersama En.Zahrol buat kali terakhir Belakang dr kiri Kak Yong Mok Kein, Mdm Tan Saw See, Acong(Zamri), Aku, Hanim,Bala. Duduk En.Huzaini,Mr Goh,En.Zahrol, En.Farizal& En.Zul

kawin abg aku..15 mac 2009

ni pelamin kawin abg aku.. actually aritu aku gatal mulut meng'offer'kan diri utk sponsor dia.. apa lg..bkn tgk album pelamin yg mmg ada kt kedai pengantin tu,sebaliknya selak majalah pengantin..tgk pelamin dr majalah..tup..tup dia tunjuk kt aku.. "dik,acik nk cm ni"..fuhhhh nk jatuh pengsan aku..dlm hati aku time tu..mampus abg aku ni.mmg kopak aku Dah la patern pelamin tu tak pernah akak kedai tu buat..so kira abg aku 1st la....mcm2 kerenah dia.. nak konsep taman..hutan..lastly ok la..utk abg aku gak..aku sanggup je.teka arr brp harga pelamin tu??hehehe this hensem boy is my nephew.. Zarif Zaqwan B Zaidi(Triple Z)hehehe..mmg nakal..tgk je muka dia.ni tgh meragam..actually konsep kenduri abg aku tema colour hijau..baju Zaq ni pun sama..tp tah cm ne baju biru (ultraman) dia tak mau bukak gak..cuak abg aku... heheeh nk tak nk pakai la 2 lapis baju...hehhe nmpk cute sgt anak sedara aku ni..manja nya mengalahkan kakak dia.. asyik asyik... babahh...babah,,... this cute little girl ni anak buah aku yg paling manja ngn aku.. namanya Asya Adriana Bt Zaidi...tp si kecik ni suka berangan..bila tgk cite best je mula la dia tambah nama dia..asya adriana puteri.(suka tgk cite puteri kot)..skrg dia tambah lg..asya adriana puteri salju..hehehe..kalau bab posing..huhuhu..pandai.. bilik pengantin ni aku yg hias...simple je.. aku tak suke yg terlalu 'semak'.CEH..cm le aku yg kawin lak..hehehe ni keluarga besar aku..(ramai lg yg tak de)..pakcik2 makcik2,cousins,anak2 sedara.sume ada ni pulak family aku.mak,abg2 aku,kakak2 ipar,kakak ku..anak2 buahku yg comel n nakal..

Maybank@Banding Island Trip

cantik sgt pemandangan ni... time ni kitorg gi air terjun..mula2 aku jual mahal tak mau mandi.. ye arr malu ramai laki.. tp lastly... hehehe mandi gak pas bebudak laki g jauh skit mancing trip ni last year..kitorg gi tasik banding grik..merasa gak la aku bergmbr dgn RAFFLESIA.. rezeki kitaorg sbb time dtg tu bunga tu tgh kembang..

Ujian Allah

kadang-kadang … bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih… dan pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita…….

KENAPA AKU DIUJI ?

” Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. ”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

” ….. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ”

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??

” Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. ”

-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

” Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. ”

-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, ”

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

” Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ….. ” -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

” ….. Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung. ”

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

” ….. dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ”

-Surah Yusof ayat 87

Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah………. sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan….. kerana ialah penawar….. penawar untuk kita……… marilah kita kembali kepada Al-Qu! ran….. kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya…….. semoga Allah memberkati sahabat-sahabat di sana….

Cuti2 @ Kuching

gambar2 ni di ambil masa aku gi holiday kat kuching last year.. gile ke tak gile aku g sengsorang je.. hehehe..(tak pe kwn aku ada tunggu kat sana) so.. byk la tmpt yg aku gi.. tp sbb tk puas jalan2 4 hari.. bulan 7 ni sekali lg aku terbang ke sana,,..huhuhu makan angin,release tension beb..

KUSZA REUNION intake 2000

salam.. utk kengkwan ex-kusza batch 2000-2003 rasanya ada yg dh tau yg 'master' (kerol le tu sapa lg) nak wat reunion utk batch kita so help him n give him 200% support!!! chaiyokk kerol... hehehe apa2 bantuan sms me je.. aku no hal

~zaman dolu-dolu~

KUSZA 2000-2003 Always in my heart...

iktibar utk lelaki yg nak kawin lain

Kisah suami memohon untuk beristeri lagi dan isteri membenarkan, siap beri borang keizinan bertandatangan lagi…

Dipetik drp yahoogroup.

"Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,

mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.

Dahulu, semasa puterinya

kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup- sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu- dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

*********************************************************** *************

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang…

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.

Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg…

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg…

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abg…

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg…Aliyah sayangkan Abg… Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!

moral of the story:cariklah isteri yg bijak dalam setiap "amalanya"..dan pada wanita2 diluar sana,jgn mengurat suami org!!

~istiQaRah~

Ya ALLAH hamba memohon agar memilihkan mana yang baik menurut Engkau Ya ALLAH..dan hamba memohon memberikan kepastian dengan ketentuanMU dan hamba memohon dengan kemurahan Tuhan Yang Besar Agung kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang berkuasa sedangkan hamba tidak tahu dan Engkaulah Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.. Ya ALLAH jika Engaku mengetahui bahawa persoalan ini baik bagi hamba ini, maka berikanlah perkara ini kepada hamba dan permudahkanlah ia bagiku…berikanlah keberkahan bagi hamba didalamnya.. Ya ALLAH Tuhanku, jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya bahawa hal ini tidak baik bagi hamba, bagi agama hamba dan penghidupan hamba dan tidak baik akibatnya bagi hamba, jauhkanlah hamba darinya.. dan berilah kebaikan di mana saja hamba berada, jadikanlah hamba orang yang rela dan redha atas anugerahMU.. Amin…

~LiFE~

"Happiness is not so much in having as sharing. We make living by what we get. But we make life by what we give"

Some people come into our lives, and quickly go.. Some stay for a while, leave footprints in our hearts, And the heart never be the same...... :)

© 2008 . Adapted to Blogger by Zona Cerebral, design by Arcsin Web Templates.