Popular Posts

CHIT CHAT


ShoutMix chat widget

My Blog List

Followers

Nuffnang

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah SWT"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah SWT. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."'


Teka Teki Imam Al-Ghazali

Assalamualaikum....

Selain kisah tarian poco-poco yang di terangkan oleh Ustaz Fahmi mlm td, Ustaz Fahmi jugak menerangkan tentang bagaimana Rasulullah S.A.W dan Imam Al Ghazali sering menggunakan pendekatan teka-teki dalam menyampaikan sesuatu . Antara nya:

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan
murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka-Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?"

Murid 1 = " Orang tua "

Murid 2 " Guru

Murid 3 = " Teman "

Murid 4 = " Kaum kerabat

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi
yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan"

Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "

Murid 2 " Matahari "

Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia

Murid 1 = " Baja"

Murid 2 = " Besi"

Murid 3 = " Gajah "





 


Imam Ghazali  " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan,binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT
meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT
sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."







Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"

Murid 2 " Angin "

Murid 3 = " Debu "

Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini"

Murid- Murid dengan serentak menjawab "Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "



Tarian Poco-Poco Haram di Perak

Assalamualaikum....

Sedikit takzirah dr Ustaz Dr Hj Mohd Fahmi di Dewan Kg Bendang Kerajaan td mmg masih teringat2 di fikiran. Sedikit bacaan dr  Surah Yassin dan terjemahan dr ayat  & begitu menusuk hati..Dengan penjelasan tentang makhraj, tajwid segala sehinggalah kepada terjemahan ayat dan di sambung pulak dengan sepotong hadis Rasulullah S.A.W. Begitu rugi mereka yang tidak hadir. Walau pun sekejap saja masa yg ada..tapi mmg amat bermakna.
p/s : tapi aku bukan nak bercerita ttg hukum tajwid, makhraj, hadis & sebagainye..sebaliknya..satu perkongsian untuk semua. Pesanan dr Ustaz Fahmi..sebar-sebarkan lah


Sambil berberi penjelasan, Ustaz Fahmi jugak selang selikan dengan cerita perkembangan semasa. Dia jugak bercerita tentang pertemuannya dengan Timbalan Mufti Perak di Ipoh semalam. Terselit cerita tentang fakta haram POCO-POCO di perak. Walaupun di negeri lain majlis fatwa bersetuju bahawa poco-poco itu di bolehkan..tetapi Mufi Perak tetap bertegas mengatakan tarian atau senama poco-poco itu adalah HARAM.
Tahu dr mana asal perkataan POCO-POCO itu ???JAMAICA..maksud nye???

"Poco-poco" berasal daripada sebuah tarian ritual yang sering dilakukan di Jamaica dan mengandungi unsur kristian serta pemujaan roh, tegaskan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani berkata, perkataan "poco" dalam beberapa kamus juga disebut sebagai tarian liar yang dilakukan ketika dirasuki oleh "roh nenek moyang".

"Saya meminta beberapa pegawai budaya untuk melakukan kajian dan mereka menemui beberapa penemuan. Gerakan (tarian) berbentuk salib, biasanya mempunyai kaitan dengan agama Kristian, ia dapat dilihat dengan jelas dalam tarian itu namun perkara ini tidak disedari oleh sebahagian besar umat Islam.


"Oleh kerana itu, pendapat yang mengatakan tarian itu sebagai aktiviti senaman tidak boleh diterima. Itulah sebabnya ia haram bagi umat Islam,"  kata Mufti Perak.


Harussani, yang baru saja mengumumkan bahawa tarian itu akan dilarang di Perak, berkata beliau juga menerima telefon dari seorang penganut Kristian di Perancis yang mempertikaikan perintah larangan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Perak.

"Ketika saya bertanya kepadanya adakah dia  mahu melakukan tarian yang mempunyai gerak seperti 'gerakan solat, ia menjawab 'Tidak'," kata Harussani, sambil menambah umat Islam boleh melakukan tarian zapin atau joget untuk senaman sebagai ganti.

"Mereka boleh menari dan bersenam selama mana yang mereka inginkan, dengan syarat bahawa lelaki dan perempuan dipisahkan," katanya.

Sebuah daripada Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Perak berkata pihaknya telah membaklumkan kepada Harussani bahawa perkataan "poco-poco" ditemui dalam kamus Jamaica.

“Kami juga memberitahunya dua teori berkenaan asal usul tarian itu, dimana ramai yang menyangka ianya berasal dari Filipina atau Indonesia.

"Kami terangkan bagaimana (gerakan tarian) itu dilakukan, melalui urutan langkah dari kanan ke kiri dan dari belakang ke hadapan," katanya, bagaimanapun ia tidak menerangkan kaitannya tarian itu dengan sebarang agama.

Edisi kedua dari Kamus Bahasa Inggeris Jamaica berkaitan perkataan "poco" tidak membawa banyak makna, ia "mungkin merupakan singkatan dari perkataan pocomania".

"Pocomania", mungkin berasal dari bahasa Afrika, yang menerangkan satu tarian liar yang dilakukan ketika dirasuki oleh "roh nenek moyang" dan mendorong katalepsi, ia juga bererti "menggoncang atau bergetar, atau tarian liar dalam keadaan yang kalut".

Kata "poco-poco" juga boleh digunakan ketika menjawab soalan "Apa khabar?" yang membawa makna "agak baik, tidak terlalu bagus tetapi tidak juga terlalu buruk."

Di Kota Baru, mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengkaji tarian itu dan menambah bahawa masalah ini harus dibincangkan di peringkat persekutuan.

Dia juga menyarankan umat Islam untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa bagi membuat keputusan dan tidak membahaskan masalah tersebut lebih lanjut dikhuatiri jika perbezaan pendapat mereka ini akan menimbulkan perpecahan..

Wallahu'alam...Sama-sama kita fikir-fikirkan

p/s: dah kalau tarian  @ semanan poco-poco diharamkan, apsl? xleh wat senaman lain?kalau xde poco-poco pun leh je cari alternatif lain untuk beriadah kan??kan??

© 2008 . Adapted to Blogger by Zona Cerebral, design by Arcsin Web Templates.