Popular Posts

CHIT CHAT


ShoutMix chat widget

My Blog List

Followers

Nuffnang

Aurat Wanita & NERAKA (Part 1)



jangan-ya-allahDi tangan seorang ayah,ada 18 biji coklat.Si ayah membenarkan anaknya makan 17 biji coklat dan sebiji lagi dimakannya.Adakah si ayah berlaku zalim terhadap anaknya dek kerana makan sebiji coklat itu?Tidak,ini tidak zalim.Seorang ayah yang menghadkan anaknya daripada makan terlampau banyak coklat takut gigi anaknya rosak dan pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan dirinya sendiri.Inilah adil namanya.

Itu di pihak ayah,bagaimana pula di pihak anak.Jika anak tetap memilih coklat yang dilarang oleh ayahnya,apakah perkataan yang sepatutnya kita guna untuk melabelkan si anak?Sengal?Bodoh?Anda labellah sendiri,kalau ana yang labelkan,lagi teruk bunyinya.

Itulah analoginya.Allah menghalalkan 17 jenis lelaki kepada seorang wanita untuk mendedahkan auratnya kepada mereka dan mengharamkan 1 jenis lelaki yakni lelaki yang bukan mahramnya. Persoalannya,kenapa kebanyakan wanita memilih jenis yang diharamkan kepadanya atau ayat yang lebih tepat,mengapa ramai wanita membaham kesemuanya?Ha,labellah wanita-wanita jenis ini dengan perkataan yang anda labelkan si anak sebentar tadi.

Wanita Dan Aurat

Demonstration against hijab ban by menj
Hijab Our Right!
Sebelum kita pergi lebih jauh tentang busana muslimah,ada baiknya kita tahu dahulu kedudukan dan batas-batas aurat wanita yang ditetapkan syarak. Kalau tidak,secara tidak lansung kita akan mengfesyenkan Islam bukan mengislamkan fesyen.

Disebabkan kita berada di Malaysia dan penduduk Malaysia secara majoriti bermazhab Syafie,maka kita kan lanjutkan perbincangan kita berpaksikan pandangan-pandangan daripada mazhab syafie sahaja.Jika ada pandangan lain, bergantung kepada diri anda untuk mengamalkannya atau tidak.Yang penting pandangan itu mestilah selari dengan Al-Quran dan Al-Hadis.

Di dalam mazhab syafie terdapat  2 qaul.Qaul yang pertama mengatakan aurat wanita ialah seluruh badan tanpa berkecuali.Manakala Qaul kedua pula menyatakan aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.Walaubagaimanapun,berdasarkan qaul kedua,jika mendedahkan muka dan tapak tangan boleh menimbulkan fitnah,maka ketika itu wajib pula menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali.

Siapa Yang Berhak Lihat?

Muslimah boleh mendedahkan auratnya kepada 17 jenis golongan yakni yang berketurunan sama dengannya dan yang terjadi secara ibu susuan. Golongan yang diharamkan kepada kaum wanita pula ialah lelaki ajnabi,yakni lelaki asing.Contohnya,muslimah JAD tidak boleh mendedahkan rambutnya di hadapan muslim JAD kerana muslim JAD itu termasuk dalam golongan yang satu ini.Jika dedah?Nahas!Azab neraka menanti kamu!

Bagaimana pula kalau wanita dengan wanita?Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,Rasulullah bersabda, “seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lain,demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain.Tidak boleh dua lelaki berada dalam satu selimut.Demikian juga wanita dilarang berbuat demikian.”Namun,aurat bagi wanita dengan wanita ada sedikit perbahasan dan ulama’ sepakat mengatakan aurat wanita dengan wanita sama dengan aurat lelaki dengan lelaki iaitu dari lutut ke pusat.Bagaimana pula dengan buah dada?Dedahlah kalau tidak malu kerana bahagian itu bukan aurat.Lutut?Paha?Ha~,itu aurat, jaga-jaga.

Saya ada kawan non-muslim,bagaimana aurat saya dengannya?Berdasarkan ayat 31 surah An-Nur yang berbunyi,”Janganlah para wanita Muslimah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada wanita-wanita Islam…”, Ar-Razi mentafsir bahawa aurat muslimah dengan non-muslim ialah seluruh tubuh,kecuali muka dan dua tapak tangan.Hujah ini disokong oleh pendapat Imam Nawawi.Katanya, “Berdasarkan hadis-hadis soheh bahawa wanita kafir hanya boleh melihat anggota wanita Islam yang terbuka semasa kerja sahaja,tidak lebih daripada itu.”Pasti susah buat kita dek kerana sesama muslim pun kita tidak tutup,inikan pula dengan non-muslim.

sumber dari :http://azzariyat.com

Hebatnya Wanita Islam

*Sekadar gambar hiasan


  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh
  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
  • Wanita yang memberi minum susu badan kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya
  • Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat
  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat....
  • ....dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak
  • Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah
Sumber : http://www.slideshare.net/mfr1505/manisnya-hidup-menjadi-wanita-islam



Aurat bukan hanya pakaian

Aurat adalah kehormatan. Sesiapa yang menutup auratnya, akan dihormati oleh Allah dan lelaki yang soleh.

Firman ALLAH, bermaksud;
"wahai Nabi, perintahlah isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita Muslim supaya melabuhkan pakaian sehingga menutup seluruh tubuh mereka, agar dapat dikenali sebagai wanita baik, dan supaya tidak diganggu oleh lelaki." (Al-Ahzab: 59)


Menutup aurat bukan sekadar memakai pakaian menutup tubuh. Oleh kerana aurat adalah kehormatan, maka menutup aurat merangkumi menutup semua yang merosakkan kehormatan wanita.

Sebuah hadis bermaksud; "Wanita itu (sendiri) adalah aurat".

Maka, bermakna apa sahaja yang ada pada wanita adalah aurat. Suara, bauan, lenggang-lenggok dan rupa paras mereka adalah kehormatan.

Jagalah kehormatan dan jangan dedahkan kehormatan itu kepada bukan mahram. Pilihlah kesucian kerana kesucian akan kekal sampai mati.

Menurut sebuah hadis, wanita berpeluang masuk syurga kerana empat perkara;
i) menjaga solat
ii) berpuasa
iii) memelihara kehormatan
iv) taat kepada suami

© 2008 . Adapted to Blogger by Zona Cerebral, design by Arcsin Web Templates.