Popular Posts

CHIT CHAT


ShoutMix chat widget

My Blog List

Followers

Nuffnang

Buat Adam yg mencari cinta Hawa..Buat Hawa yg menanti cinta Adam..

Benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..

Untuk Adam..

Andai mahu mencari Hawa..

1. Jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. Jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

Untuk Hawa..

Andai mahu menerima cinta Adam..

1. Jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. Jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. Jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

Lelaki dan Wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

sekadar renungan bersama..^^

*Secara jujur, dah banyak yang saya jumpa..lahiriah nampak warak dan beriman, hakikatnya..zahiriah tidak langsung seiring dengan ciri2 fizikal. Cantik hanya di mata, bertudung dan berjubah hanya kerana tuntutan keluarga..itukah ciri wanita sempurna yang dikejar kaum adam? ..Begitu juga lelaki.. Nampak macho, beriman, tapi berpura-pura sebenarnye... Memang payah mencari pasangan.. Be wise to choose...

The Best Part of My Life... Alhamdulillah (part 2)

Part 2...

Hari2 di Mekah amat menggembirakan... Syukur padaMU...aku diberi kesempatan untuk datang ke sini... Dari 23hb- 1hb kami di Bumi Mekah..Menziarahi tempat2 sejarah, Jabar Tsur, Jabar Rahmah, Jabar Nur, Masjid Ji'ranah, Mina, Ladang Unta, dan banyak lagi tempat.

Tiba masanya untuk kami berangkat meninggalkan kota Mekah yang penuh barkah.. Sayu hati bila kaki melangkah meninggalkan Masjidil Haram,Kaabah.... Tekad di hati.. Aku pasti ke sini lagi.. InsyaAllah.. Tapi dalam hati..Moga aku kesini bersama insan bergelar SUAMI... Ameeen.. Moga itu adalah hadiah bulan madu ku (walau angan2..tak salah kan simpan impian?)

Masjid Tanaim (tempat untuk Miqat)


Jabar Rahmah
(tempat pertemuannya Nabi Adam A.S dengan isterinya Hawa selepas berpuluh tahun terpisah akibat di halau keluar dari Syurga Allah)




Jabar Tsur

Masjidil Haram

Ladang Unta


Sekadar berkongsi gambar..
Nantikan sambungannya di part 3 (Madinah Al Munawwarah)

The Best Part of My Life... Alhamdulillah


Part 1
Kisah bermula..

Tarikh 23hb Mac 2011 adalah tarikh amat bermakna bagi aku. Juga bagi kakakku n ibunda terchinta. alhamdulillah.... impian dan harapan kami untuk mengerjakan Umrah telah tercapai.
Segala urusan passport,tiket dan visa semua diuruskan kakakku..
Lepas solat isya' malam tu.. kami bersiap untuk ke KLIA.. Syukur semua abang2ku ada malam tu menghantar kami ke KLIA..

Tapi dugaan datang menimpa.. Aku terima sms dari jiranku mengatakan rumah kami di gerik banjir... Ya Allah... bagaimana dengan semua barang2 kat dalam rumah tu? Kebetulan pula tiada siapa dirumah waktu tu.. Kami tawakkal dan berserah pada Allah sahaja.. Tepat 12 am kami seramai 14 orang (group x ramai mudah urusan nnti) masuk ke balai berlepas.. Berlepas jam 3am (waktu Malaysia). Selamat tinggal Malaysia.
Rezeki kami semua.. Alhamdulillah kami naik EMIRATES.. wowwww.. dapat transit Dubai.. hehehe

Perjalanan selama 7jam memang memenatkan.tapi syukur.. semua ok. selamat tiba di Dubai International Airport jam 5am (waktu Dubai ). Kami bergegas ke tempat transfer dan cari musolla untuk solat subuh dan berpakaian ihram.

Di dalam flight ketika menghampiri tempat untuk berniat ihram, pilot telah memberi pengumuman untuk jemaah yg akan mengerjakan umrah untuk berniat.
Perjalanan selama 3 jam lebih sampai akhirnya ke King Abdul Aziz Airport, Jeddah. Dari sana kami akan terus ke Makkah Al Mukarramah..

Perjalanan hampir 5 jam amat memenatkan.. Kesian Abg Lan, Wan, Aiman, Pak Cik, Bad kerana mereka lagi la.. lelaki dengan pakaian ihramnye.. tentu tak selesa.hehehee..
Dalam perjalanan, kami berzikir, berselawat & Bertalbiyah Akhirnya kami memasuki tanah haram kota mekah.. Syukur.. selesai urusan hotel, makan tengahari n solat zohor.. kami terus ke masjidil haram untuk melaksanakan umrah..
Hotel Al Sulaimania Mekah

YA ALLAH..!!!!. pertama kali menjejakkan kaki ke sana... Subhanallah... Betapa besarnya rahmatMu.. Indah sekali dapat melihat Kaabah yang begitu indah... menitis airmataku bila pertama kali melihat nya..
Kaabah, Kiblatku

nantikan sambungannya....


© 2008 . Adapted to Blogger by Zona Cerebral, design by Arcsin Web Templates.