Popular Posts

CHIT CHAT


ShoutMix chat widget

My Blog List

Followers

Nuffnang

The Best Part of My Life... Alhamdulillah


Part 1
Kisah bermula..

Tarikh 23hb Mac 2011 adalah tarikh amat bermakna bagi aku. Juga bagi kakakku n ibunda terchinta. alhamdulillah.... impian dan harapan kami untuk mengerjakan Umrah telah tercapai.
Segala urusan passport,tiket dan visa semua diuruskan kakakku..
Lepas solat isya' malam tu.. kami bersiap untuk ke KLIA.. Syukur semua abang2ku ada malam tu menghantar kami ke KLIA..

Tapi dugaan datang menimpa.. Aku terima sms dari jiranku mengatakan rumah kami di gerik banjir... Ya Allah... bagaimana dengan semua barang2 kat dalam rumah tu? Kebetulan pula tiada siapa dirumah waktu tu.. Kami tawakkal dan berserah pada Allah sahaja.. Tepat 12 am kami seramai 14 orang (group x ramai mudah urusan nnti) masuk ke balai berlepas.. Berlepas jam 3am (waktu Malaysia). Selamat tinggal Malaysia.
Rezeki kami semua.. Alhamdulillah kami naik EMIRATES.. wowwww.. dapat transit Dubai.. hehehe

Perjalanan selama 7jam memang memenatkan.tapi syukur.. semua ok. selamat tiba di Dubai International Airport jam 5am (waktu Dubai ). Kami bergegas ke tempat transfer dan cari musolla untuk solat subuh dan berpakaian ihram.

Di dalam flight ketika menghampiri tempat untuk berniat ihram, pilot telah memberi pengumuman untuk jemaah yg akan mengerjakan umrah untuk berniat.
Perjalanan selama 3 jam lebih sampai akhirnya ke King Abdul Aziz Airport, Jeddah. Dari sana kami akan terus ke Makkah Al Mukarramah..

Perjalanan hampir 5 jam amat memenatkan.. Kesian Abg Lan, Wan, Aiman, Pak Cik, Bad kerana mereka lagi la.. lelaki dengan pakaian ihramnye.. tentu tak selesa.hehehee..
Dalam perjalanan, kami berzikir, berselawat & Bertalbiyah Akhirnya kami memasuki tanah haram kota mekah.. Syukur.. selesai urusan hotel, makan tengahari n solat zohor.. kami terus ke masjidil haram untuk melaksanakan umrah..
Hotel Al Sulaimania Mekah

YA ALLAH..!!!!. pertama kali menjejakkan kaki ke sana... Subhanallah... Betapa besarnya rahmatMu.. Indah sekali dapat melihat Kaabah yang begitu indah... menitis airmataku bila pertama kali melihat nya..
Kaabah, Kiblatku

nantikan sambungannya....


Doa minum Air Zam Zam

أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا, ALLOHUMMA INNII AS'ALUKA ILMAN NAAFI'AN, Ya Allah Aku memohon padaMU ilmu yang manfaat,
وَرِزْقًا وَاسِعًا, WARIZQON WAASI'AN, rezeki yang luas,
وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ. WASYIFA'AN MINKULLI DAA-IN. ubat dari segala penyakit. (رواه الحاكم) (HR. Al-_Haakim)

اللهم إني أشربه مستشفيا به فاشفني

ALLOHUMMA INNII ASYROBUHU MUSTASYFIYAN BIHI FASYFINII

Ya Allah sesungguhnya saya minum air zam-zam dengan harapan mendapatkan kesembuhan, maka berikanlah kesembuhan kepadaku

Kisah Nabi Nuh a.s

Kisah Nabi Nuh a.s (Part 1) Marilah kite menghayati cerita dr kisah Nabi Nuh a.s ini.. Bagi yg ada anak2 kecik.. dedahkan minda & hati mereka dengan kisah2 para nabi kita.. Moga mereka mengambil iktibar dr kisah ini.. Selamat menonton

© 2008 . Adapted to Blogger by Zona Cerebral, design by Arcsin Web Templates.