Popular Posts

CHIT CHAT


ShoutMix chat widget

My Blog List

Followers

Nuffnang

Cuti Hari Pekerja

mmm dh lama tak post apa2 kat blog.. actually tak de idea...huhuhu..cuti 3 hari tak tau apa nk buat.. bosan giler.. dok umah je la.. rutin harian aku pagi anta mak ke pusat dialisis.. gi pasar, then kol 12 amik mak.. so esok sehari lagi cuti...apa la aku nk wat esok.. BOSANNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!

~ShoPpING @JUsCo KinTA CiTy IpOH~

waiting for my colleague
Arini aku pergi ipoh.. sbb apa?huhuhu gaji dh dpt..so apa lg ..shopping time le.. aku g ngn colleague aku aka jiran aku hanim..itu pun last minute dia nk ikut..penatnya aku nk tunggu dia bersiap..smpat aku posing dlm kete..hahaha. kitorg bertolak kol 10pg n smpai kat jusco ipoh kol 11.25..fuhhh sib baek ada parking..lum full lg.. kalau tak jenuh gak.. well apa lg ..let's shopping!
penat n puas g shopping perut pun lapar gile.. mmm nk mkn apa ek???
KFC= dh jemu.. McD= tak mau le.. Pizza= tak larat kami berdua nk abiskan byk, Kenny Roger= semput perut nk makan.. lastly kitorg g Food Court je la..
well dh smpai situ satu hal lg.. byk sgt choice.. apa nk mkn... akhirnya kitorg pilih western food.. aku mkn black pepper chicken chop.. hanim try special menu dia lemon chicken chop.. well not bad!
Lemon Chicken Chop
this is mine Black Pepper Chicken Chop
Court Shoe ~ Chadstone
huhuhu finally tujuan utama aku g shopping sbb nk beli court shoe.. arahan dr BIG BOSS.. sume ladies in my office MUST wear court shoe.. WAJIB..arghhhhhh benci tul.. jenuh aku memusing dlm Kinta City nk mcari court shoe...mmmm dr Vincci, Nose, PrimaVera, aduh.... tak de yg bkenan,,
VINCCI= tak de yg berkenan NOSE= tak menarik perhatian PRIMAVERA= lawa+berkenan tp MAHAL la plak.. CHADSTONE= inila pilihan aku..Harga berpatutan+aku suka pakai selesa.
COURT SHOE - CHADSTONE
tp benda wajib aku beli kalau gi jusco ni hehehe apa lg.. NOVEL le... fanatik novel sejak blajar kat KUSZA lg ni.. leh wat mini pustaka kat umah aku..penuh dgn koleksi novel2.. lebih 100 buah buku aku ada..hehehe
Biarlah YM Berbicara by Hanni Ramsul
View From RnR Tasik Raban, Lenggong Perak
on the way balik tu kitorg singgah kat hentian rehat kat raban...wahhh cantik tul view dr atas ni..nmpk tasik raban... mmm ap lg posing le...
it's me My Colleague AKA Neighbour AKA Hanim
dh puas bergambar, then kitorg bergerak balik .sampai kat grik kol 4.20 ptg... penat gak Barang yg aku beli 1)Of cos la court shoe high heel - Chadstone 2)Kemeja putih (utk kerja) 3)Novel 4)Pizza Hut (Raja pesan) 5)Roti Auntie Anne's 6)Big APPLE (kongsi dgn hanim) 7)Famous Amos Cookies (kudapan kt office) 8)The Bakery Cottage(utk mak)

SEJARAH GERIK

Dari catatan sejarah, orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.

Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di utara. Raja Reman menceroboh masuk ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki oleh Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman telah dihapuskan oleh kerajaan Siam dan daerah Gerik menjadi jajahannya.

Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.

Asal-usul Nama 'Gerik'

Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).

Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.

Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.

Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.

Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.

dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum.

© 2008 . Adapted to Blogger by Zona Cerebral, design by Arcsin Web Templates.