Popular Posts

CHIT CHAT


ShoutMix chat widget

My Blog List

Followers

Nuffnang

SEJARAH GERIK

Dari catatan sejarah, orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.

Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di utara. Raja Reman menceroboh masuk ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki oleh Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman telah dihapuskan oleh kerajaan Siam dan daerah Gerik menjadi jajahannya.

Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.

Asal-usul Nama 'Gerik'

Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).

Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.

Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.

Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.

Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.

dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum.

kerja kerja kerja..

salam kawan2 hehehe.. aku tak tau nk post apa kat blog aku ni...pening..pening.. ni time ni... 8.50pm.. aku baru balik keje..OT beb... byk keje kat ofis.. tambah2 lg lak..PNB buka dana utk non bumi melabur dlm ASM & ASW..fuhhhh,..... sesak bank dgn ragam org.. tension+bengang+rasa nk marah+sakit hati = sume cmpur jadi 1...adoyai... kadang2 aku terpikir...apsl la aku nk keje bank ni.... baik cari keje lain je..tp bila di kenang semula... ada sebab kenapa rezeki aku kat tmpt tanah tumpah aku sndiri.. sbnrnya mak aku dh 3 thun mengidap penyakit kegagalan buah pinggang, tak leh berfungi... both kidney can't be used anymore!... so cara utk mgubatinya hanya la mnjalani hemodialisis.,. 3kali seminggu...setiap kali cuci darah...4jam! bygkan masa mak aku habis 4 jam kat situ je.. my lovely mum n me at my convo kusza 2003 itula antara sebabnya kenapa aku tak terpikir utk cari keje lain.. selagi hayat mak aku... biarlah aku berbakti utk dia... tp alhamdulillah...mak aku cm biasa je..leh je wat keje2 lain...CUMA... dia tak leh wat keje2 angkt brg berat... takut fistullar tmpt cuci darah tu rosak.. well, setakat ni mana2 aku pegi jauh...aku biasa bw mak skali... tak senang hati aku nk tinggal mak aku kat umah...risau.. berbalik pada keje td,.. mmmm btul kata kerol..(aku tgk blog ko td)... cabaran+dugaan+ masalah kat tmpt keje... mmmm biasala adat keje cm tu la..kalau tak nk masalah...takyah keje...dok umah goyang kaki... mkn pasir..huhuhu.. k la... chow dl... jumpa lg...

muTIaRa KaTa ~by Khalil GibRan

MENUAI CINTA *Manusia tidak dapat menuai cinta sampai dia merasakan perpisahan yang menyedihkan, dan yang mampu membuka fikirannya, merasakan kesabaran yang pahit dan kesulitan yang menyedihkan. WANITA *Seorang wanita telah dilengkapi oleh Tuhan dengan keindahan jiwa dan raga adalah suatu kebenaran, yang sekaligus nyata dan maya, yang hanya bisa kita fahami dengan cinta kasih, dan hanya bisa kita sentuh dengan kebajikan. DIRI *Dirimu terdiri dari dua; satu membayangkan ia mengetahui dirinya dan yang satu lagi membayangkan bahawa orang lain mengetahui ia. KESEDARAN Aku tidak mengetahui kebenaran mutlak. Tetapi aku menyedari kebodohanku itu, dan di situlah terletak kehormatan dan pahalaku.

© 2008 . Adapted to Blogger by Zona Cerebral, design by Arcsin Web Templates.